Showing posts with label Monoloque. Show all posts
Showing posts with label Monoloque. Show all posts

Lirik Lagu Moreh Lagu Puasa – MonoloQue

Setiap rumah setiap dapur
Pukul 4 pasti makan sahur
Lepas subuh ada yang kembali tidur
Ada yang bergegas ke Kuala Lumpur

Dari pagi hingga ke petang
Terngiang ngiang makanan yang bakal terhidang
Matahari terbenam terbenam hilang
Perut kenyang berat tulang

Mesti moreh (lagu puasa)
Walau badan letih tetap pergi terawih
Tenaga pasti pulih
Lepas terawih sama-sama makan moreh (lagu puasa)

Tinggatkan produktiviti
Jangan leka tengok tv
Cakap banyak pun tak guna
Apa kata kita sama-sama cuba

Dari pagi hingga ke petang
Terngiang ngiang makanan yang bakal terhidang
Matahari terbenam terbenam hilang
Perut kenyang berat tulang

Mesti moreh (lagu puasa)
Walau badan letih tetap pergi terawih
Tenaga pasti pulih
Lepas terawih sama-sama makan moreh (lagu puasa)

Walaupun kita berpuasa
Tak bermakna kita hilang kuasa
Cuma bertukar suasana
Tiba raya kita juara

Harap maafkan
Kalau ada terkurang atau terlebih
Selamat berpuasa
Hari raya yang mulia pasti tiba jua

Selamat berpuasa
Selamat berpuasa
Selamat berpuasa

Raya kan menjelma

Lirik Lagu Den.Dam – Monoloque

Kau boleh lari tapi kau tak boleh bersembunyi
Akan ku memburumu memburu seluruh hutan batu
Lihatlah apa yang telah kau lakukan
Untuk seketika ku hilang kawalan diri

Sebelum mata terpejam
Bebaskan bebaskan
Segala rindu dendam
Lepaskan lepaskan
Segala hasrat terpendam
Luahkan sayang
Jangan biarkan terbenam
Digenggam dihadam
Tenggelam dalam dendam

Kau boleh menyamar tapi kau tak boleh menyorok
Bukan gila kuasa cuma memperluaskan empayar
Ku rasa kau tahu lakoni untukmu
Untuk seketika ku hilang kawalan diri

Sebelum mata terpejam
Bebaskan bebaskan
Segala rindu dendam
Lepaskan lepaskan
Segala hasrat terpendam
Luahkan sayang
Jangan biarkan terbenam
Digenggam dihadam
Tenggelam dalam dendam

Sebelum mata terpejam
Bebaskan bebaskan
Segala rindu dendam
Lepaskan lepaskan
Segala hasrat terpendam
Luahkan sayang
Jangan biarkan terbenam
Digenggam dihadam

Sebelum mata terpejam
Bebaskan bebaskan
Segala rindu dendam
Lepaskan lepaskan
Segala hasrat terpendam
Luahkan sayang
Jangan biarkan terbenam
Digenggam dihadam

Lirik Lagu Jaga Dia Untukku – Siti Nurhaliza

Mahu ku bersama
Mahu ku kesana
Diriku tak di sini lagi

Waktu tak berbicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku
Tenanglah duhai jiwa
Tebarlah tulus doaku kepadanya saat ku tiada

Oh tuhan
Jaga dia untukku selamanya ku ada
Bagai menghitung resah
Berkepingan, berderaian

Oh tuhan
Jaga dia untukku selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi, mendampingi dia

Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa
Tebarlah tulus doaku kepadanya saat ku tiada

Oh tuhan
Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh bagai menghitung resah
Berkepingan, berderaian

Oh tuhan
Jaga dia untukku selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi, mendampingi dia

Mungkinkah ini menguatkan dia
Lambang cinta
Ku dan dia

Oh tuhan
Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh bagai menghitung resah
Berkepingan, berderaian

Oh tuhan
Jaga dia untukku selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi, mendampingi dia

Oh tuhan
Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh bagai menghitung resah
Berkepingan, berderaian

more lyrics at http://ohlirik.com
Oh tuhan
Jaga dia untukku selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi, mendampingi dia

Lirik Lagu Batu Belah Batu Konkrit – Monoloque

Wahai anakanda ku sayang, kemana hilang budaya
Diculik piring terbang, atau ditelan buaya
Tiada peluang tiada ruang, semua mahu cepat kaya
Pabila semua dah hilang, barulah hendak percaya

Cukuplah semua ini, hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi, dimakan ditelan batu belah batu konkrit

Wahai anakanda ku sayang, kenapa gadai pusaka
Sebab cinta atau wang, atau kerana kurang peka
Seperti lalang-lalang, suka belot suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang akhirnya diri terluka

Melihat semua ini, hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari, dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit

Wahai bonda jangan merajuk, bonda jangan makan hati
Anakanda disini memujuk, dan anakanda tak akan berhenti
Kini sedar dari mimpi, baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi, maafkan anakmu

Cukuplah semua ini, hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi, dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Dari dihimpit putar belit hamba duit masyarakat hipokrit
Bonda rela, dimakan ditelan batu belah batu konkrit

Lirik Lagu Inderaloka – Monoloque

Kurniakan ku sedikit rasa cintamu
Ku jadi penyuluh di dalam mimpi ngeriku
Limpahkan ku sedikit kasih sayang
Ku jadi penghalang segala rintangan yang datang

Tiada rahsia di antara kita
Batin dan zahir sehingga hembusan nafas terakhir

Ohh.. Tiada lagi gerhana
Tiada lagi bencana
Arah mana syurga

Ohh.. Akhirnya bebas jua
Diberi peluang kedua
Lupakanlah semua
Mari bina semula
Inderaloka yang baru
Robohkan yang lama
Hanya Tuhan saja tahu

Jangan kau ragu-ragu denganku
Hanya kau yang ku perlu
Hanya kau ku perlu
Hanya kau ku perlu
Hanya kau ku perlu
Hanya kau ku perlu
Pamerkan kesetian yang abadi
Ku tunduk taat padamu sehidup semati

Ohh.. Akhirnya bebas jua
Diberi peluang kedua
Lupakanlah semua
Mari bina semula
Inderaloka yang baru
Robohkan yang lama
Hanya Tuhan saja tahu

Mari bina semula…
Hanya Tuhan saja tahu
Jangan kau ragu-ragu denganku
Hanya kau yang ku perlu
Yang ku perlu

Mari bina semula
Inderaloka yang baru
Robohkan yang lama
Hanya Tuhan saja tahu

Mari bina semula…
Hanya Tuhan saja tahu
Jangan kau ragu-ragu denganku
Hanya kau yang ku perlu

Lirik Lagu Hari Raya Ini Dalam Sejarah – Monoloque

Lupakan smentara, sgala duka nestapa,
Hari ini hari raya, hari bahagia lagi mulia!

Kota konkrit lengang sunyi,
Terkedu sayu di dalam hati,
Tatkala mendengar takbir berbunyi

Siang malam bertungkus lumus,
Mencari rezeki, nasi sebungkus,
Apa yang terdaya cukup bermakna,
Hari ini teristimewa!

Terangkan smula, hati yg gelap gelita,
Hari ini hari raya, hari bahagia lagi mulia!

Hentikan porak peranda,
Nikmati suasana,
Gelak ketawa untuk seketika

Yangg terputus elok disambung,
Yang retak elok dijahiti,
Tak kira fahaman mana yg kau sanjung,
Kanan dan kiri, dihormati,
Pangkat dan darjat, tiada erti,
Bersama sama

Rehatkan smentara, sengketa di antara kita,
Hari ini hari raya, hari bahagia lagi mulia!

Bulan lain berlumba lumba..
Kejar mengejar dunia…
Tiba sudah bulan bermakna,

Semuanya cukup sempurna!
Yang termampu sudah cukup sempurna!
Yang termampu sudah cukup
Sempurna.

Cambahkan tindakbalas kimia di antara kita,
Hari ini hari raya, hari bahagia lagi mulia!

Terangkan smula, hati yg gelap gelita!
Hari ini hari raya, hari bahagia lagi mulia!

Hari ini hari raya,
Hari yang teramat istimewa
Istimewa,,

more lyrics at http://ohlirik.com
Hari ini hari raya!
Rehatkan sengketa,
Bergelak ketawa!

Lirik Lagu Pujaan Hatiku – Monoloque

Bila ku keseorangan
Kau sellau datang teman
Walaupun kuberikan beribu alasan
Kau hadir berbekalkan seribu harapan

Bila siang ingatanku terngiang-ngiang
Teringat padamu seorang yang penyayang
Dan selalu membuat hatiku ini girang
Alangkah indahnya aku mabuk kepayang

Walau ku selalu malu diam membisu
Jauh di lubuk hati
Kau tahu apa yang ku mahu
Apa lagi tungu tunggu
Jangan ragu ragu hanya kau pujaan hatiku

Bila ku kesepian kau tak jemu melayan
Walaupun ku selalu membuat muka bosan
Kau hadir berbekalkan seribu senyuman

Bila malam ingatanku terngiang-ngiang
Teringat padamu seorang yang penyayang
Dan selalu membuat hatiku ini girang
Alangkah indahnya aku mabuk kepayang

Walau ku selalu malu diam membisu
Jauh di lubuk hati
Kau tahu apa yang ku mahu
Apa lagi tungu tunggu
Jangan ragu ragu hanya kau pujaan hatiku

Woah woah woah woah
(hanya kau pujaan hatiku)

Kau pujaan hatiku
Pujaan (pujaan)
Hatiku (hatiku)

Walau ku selalu malu diam membisu
Jauh di lubuk hati
Kau tahu apa yang ku mahu
Apa lagi tungu tunggu
Jangan ragu ragu hanya kau pujaan hatiku

more lyrics at http://ohlirik.com
Kaulah pengisi ruang kosong di jiwa
Kau warna warna yang teristimewa
Tiada yang selain mu
Hanya kau pujaan hatiku

Lirik Lagu Cinta – Monoloque

Kau hadir bila tiba waktunya
Tidak diundang tak jua dipinta
Walau ku lari namun kau tetap datang jua
Keranamu cinta
Tak mampu menahannya

Aku terus mencuba
Untuk lari dari cinta
Kerana perit terasa
Sengsara tanpa kata
Kerana dusta

Cinta kau luluhkan hati ini
Membuat segalanya indah
Walau sesekali menjengah tiba
Oh cinta terasa bahagia
Hanya menunggu saat dan tika

Aku akan terus melangkah
Walau tanpamu oh cinta
Aku yakin akan adanya
Setiap ceritera yang tiada akhirnya

Cinta kau luluhkan hati ini
Membuat segalanya indah
Walau sesekali menjengah tiba
Oh cinta terasa bahagia
Hanya menunggu saat dan tika

Kerana cinta
Terasa bahagia

Cinta
Abadi cinta
Cinta padanya
Cinta satu cinta selamanya

Lirik Lagu Mati Hidup Kembali – Monoloque

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Lirik Lagu Juwita – Monoloque ft Adira & Hazama

[Adira]
Ku takkan berhenti mencari walau jejakmu penuh misteri
Tak dapat si yang pasti (yang pasti yang pasti yang pasti)
Jati dirimu perlu kuat dan tabah tak boleh cepat mengalah
Takkan mengaku kalah (kalah kalah)

Kemana hilang sayang puas ku mencari
Saban hari mendaki kau masih belum ku temui
Di manakah kau bersembunyi
Ku belum jumpa apa yang ku cari (cari cari)

Merata-rata terampai-ampai
Mencari dalam gelap gelita
Belantara mergastua (mergastua mergastua) ohh

Kemana hilang sayang puas ku mencari
Saban hari mendaki tak jumpa-jumpa lagi
Di mana kau bersembunyi
Kemana kau bawa diri
Meredah ranjau dan duri
Kau masih belum ku temui

Ku belum jumpa apa yang ku cari
Hari demi hari nan silih ganti

[Hazama]
Aku raja pemilik tempat ini
Segala kemahuan ku dituruti
Apa yang ku mahu semua boleh ku jual beli

Apa yang kau cari-cari di sini
Apa yang kau lihat ini hanya mimpi
Jangan hampiri sampai mati

[MonoloQue]
Jiwa lopong hati kosong
Kotaraya makan manusia
Ramai yang cuba ramai yang lupa terpedaya
Dengan godaan semasa

more lyrics at http://ohlirik.com
Masa ber masa mergastua
Pancaroba

Esok masih ada
Esok masih ada

Lirik Lagu Bila Buka Mata – Monoloque

*:
Kala buka mata mimpi akan hilang
Membawa pergi semua harapan
Segala impian yang tak mungkin kesampaian

**:
Kala buka mata mimpi akan hilang
Membawa pergi semua cerita-cerita
Dan cerita yang tak mungkin ku dakapi

***:
Malam telah berlalu pergi
Aku terus lena bermimpi
Bermimpi tentang harapan kita

[Ulang **]

[Ulang *]

[Ulang ***]

****:
Oh mimpi
Izinkanlah aku menggapaikan rasa
Kasih sayang kau mungkin ku rasa ketika mataku terbuka

*****:
Oh mimpi
Izinkanlah aku menggapaikan rasa
Rasa sayang mungkin ku rasa bila mataku terbuka

Kala buka mata mimpi akan hilang
Kau tinggalkan ku bersama harapan dan impian
Tak mungkin kesampaian ketika mata terbuka

Ku buka mata
Mimpi pun hilang
Mimpi pun hilang
Mimpi pun hilang

Kau tinggalkan ku bersama harapan dan impian
Tak mungkin kesampaian ketika mata terbuka

Ku buka mata
Mimpi pun hilang
Mimpi pun hilang
Mimpi pun hilang

Hilang..

[Ulang ****]

[Ulang ******]

Izinkan
Izinkan
Izinkan

Mungkin ku rasa ketika mataku terbuka

Kala buka mata mimpi akan hilang

Mimpi pun hilang
Mimpi pun hilang
Mimpi pun hilang

more lyrics at http://ohlirik.com
Kala buka mata mimpi akan hilang

Mimpi pun hilang
Mimpi pun hilang
Mimpi pun hilang

Izinkan
Izinkan
Izinkan

Lirik Lagu Penghormatan Terakhir – Monoloque

Kemalangan tak berbau
Aku tahu kau pun tahu
Hati hati ketika melintas
Tiada jalan pintas

Izinkan beta pergi
Mungkin takkan kembali
Pandang kiri pandang kanan
Ada lencongan di hadapan

Kemalangan tak berbau
Aku tahu kau pun tahu
Hati hati ketika melintas
Tiada jalan pintas

Izinkan beta pergi
Mungkin takkan kembali
Pandang kiri pandang kanan
Ada lencongan di hadapan

Oh gila gila bayang
Sayang memang seribu kali sayang
Seperti melawan ayer lintang
Mabuk kepayang

Oh gila gila bayang
Sayang memang seribu kali sayang
Seperti melawan ayer lintang
Mabuk kepayang

Gila gila bayang
Sayang memang seribu kali sayang
Seperti melawan ayer lintang
Mabuk kepayang

Izinkan beta pergi
Mungkin tengkujuh sudah berakhir
Mungkin takkan kembali
Penghormatan terakhir
Penghormatan terakhir
Penghormatan terakhir
Penghormatan terakhir

Lirik Lagu Kupu Kupu Malam – Monoloque

Darah muda mengalir
Ke seluruh tubuh
Pesta! takkan berakhir
Sehingga subuh
Kenapa khuatir?
Tiada siapa suruh

Bunyikan semboyan( bunyikan! bunyikan!)
Mari rapat datang dekat
Kupu-kupu malam
Kasut tumit tinggi, tas tangan LV
Ya

Rambut tersisip rapi
Dandan ke tepi
Gaya ranggi terkini
Oh raja tempat sendiri
Tangkap orang itu
Humban dalam api

Bunyikan semboyan( bunyikan! bunyikan!)
Mari rapat datang dekat
Kupu-kupu malam
Kunyah daun sirih khayalan

Oh peragawati
Mengapa diam membisu?
Menjelmalah dalam mimpi
Di sebelahku pagi hari nanti

Siapa cepat dia yang dapat
Siapa gatal takkan menyesal
Siapa malu dia yang pilu
Siapa malas, dia melepas

Kupu-kupu malam
Liar dan terancam
Kupu-kupu malam
Ghairah dan teransang

Lirik Lagu Hapuskan Air Matamu – Monoloque

Hapuskan
Air di matamu
Fikiran ku terganggu
Melihat kau begitu

Leraikan
Bala tenteramu
Semakin kita bertengkar
Semakin rindu

Adakah ia satu petanda
Yang kita ditakdirkan
Untuk bersama
Sungguh istimewa

Hapuskan
Duka di wajahmu
Fikiran ku terganggu
Melihat kau begitu

Bukalah
Pintu pagar di hatimu
Jatuh dan bangunku
Hanya dengan mu

Laut bergelora pasti tenang
Jalan gelap pasti terang
Jangan bimbang wahai sayang

Lirik Lagu Gurindam Hutan Batu – Monoloque

Kalau kau rasa terkilan
Jangan simpan di dalam hati
Walau kau rasa tertekan
Jangan sampai dibawa mati

Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Kalau kau rasa ditawan
Jangan laporkan pada yang berkuasa
Walau kau tak melawan
Tak bermakna kau tak boleh bersuara

Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Kau rasa apa yang aku rasa
Tindakbalas kimia yang sempurna

Tiada yang mustahil
Ianya pasti berhasil
Tiada yang mustahil
Cinta menakluk semua

Kalau rasa digunakan
Jangan biar ia berleluasa
Jadikanlah teladan
Tak perlu lekas jadi juara

Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Kita semua, kita semua
Kita semua perlukan cinta
Tak perlu merajuk lagi

Lirik Lagu Perempuan Kalis Peluru – Monoloque

Tamatnya sumpahan sejak mendengar suara
Dikejutkan diri ini dari mimpi mati lemas
Seperti cahaya di hujung terowong gelap
Kasih sayang yang dicurahkan seperti emas
Tak berniat membuat menangis air mata mengalir
Terburu-buru bertindak meluru sememangnya semulajadi

Langkah mayatku yang merupa satu pesanan
Kepada mereka yang selalu asyik menggangu
Saya dan awak diterbangkan sehidup semati
Kau dan aku merentasi bima sakti

Tak berniat membuat menangis air mata mengalir
Terburu-buru bertindak meluru sememangnya semulajadi
Hanya kau seorang di dalam berjuta-juta ribu-ribu
Saya cemburu denganmu perempuan kalis peluru

Jauh di mata dekat di hati
Walaupu hati perang dunia
Mandi tak lena tidur tak basah
Seperti mati hidup semula, hidup semula
Hidup semula, hidup semula

Saya tak berniat membuat menangis air mata mengalir
Terburu-buru bertindak meluru sememangnya semulajadi
Hanya kau seorang didalam berjuta-juta ribu-ribu
Saya cemburu denganmu perempuan kalis peluru

Harapan semoga selamat ke akhir hayat
Tolong tunggu tolong tunggu tolong tunggu
Jangan was-was tak perlu ragu denganku
Hanya kau seorang di dalam berjuta ribuan

Lirik Lagu Badang Kotaraya – Monoloque

Satu,dua ,tiga,empat!

Tekak wa loya, tekak wa loya,
lu mulut laser, lu bina empayar,
lu ingat lu Raja?

Tekak wa loya, tekak wa loya,
parti glamer,lu berfoya0-foya,
lu ingat lu Player?

Analisa yg. teliti,
prasangka tanpa kompromi,
dari jauh,wa memerhati,
hati hati!

satu,dua ,tiga,empat!

Tekak wa loya,tekak wa loya,
Pahala Syurga lu paling terror
lu ingat lu Doktor?

analisa yg teliti,
prasangka tanpa kompromi,
dari jauh wa memerhati,
masa telah tiba!

Malam yg. Sungguh Luarbiasa!
kini wa berkuasa!
telan Muntah Puaka,

Malam yg. Sungguh Luarbiasa!
kini wa berkuasa!
Lu ingat lu Siapa?

Inginkan Sentuhan,
Tersentuh Perasaan,

Lukiskan Garisan,
Terguris Ingatan
Oh Tuhan.

Lu ingat Lu Siapa?
Lu ingat Lu Siapa?
Lu Ingat Lu Siapa?

Lu tunggu wa datang Raja
Lu tunggu wa datang Player
Lu tunggu wa datang Doktor
Jgn Terasa, lagu Saya!

Lirik Lagu Halimunan Abad Ke 21 – Monoloque

Pada suatu hari yg. bermakna, terjumpa air terjun awet muda,
Sedang ku meninjau keadaan,terserempak dgn. merak kayangan,
Dipelawanya ku mengembara ke segenap pelosok bima sakti,
Naik rajawali.

Korus:
Walau ketinggalan,
Ku cuba juga berlumba,
Pancaroba ini,
Yg istimewa,
Ratna mutu manikam*
Smua bisu,malaikat lalu, di hutan batu,
Abad ke 21!

Ku tumpukan spenuh perhatian, mengelilingi dunia tanpa sempadan
Bunga dalam cermin bertakhta,tapi sayangnya,hanyalah perhiasan
Yg sedang dipamerkan,
Hantu dalam mesin berkata, perang dunia akan melanda,
Oh dimana kau adinda?

Ulang korus:

Pesanan ringkas, apa di atas?
Tiada ruang utk bernafas,
Ku ingin pulang ke pangsapuri ku
Di hutan batu abad ke 21

Pencakar langit, minda sempit,
Kemalangan jiwa di jalan chow kit,
Ku ingin pulang ke pangsapuri ku
Di hutan batu abad ke 21

Di hutan batu abad ke 21