Lirik Lagu Pasar Malam - Lawa Nie Geng

(Chorus)
Jom jom jom ke pasar malam
Jom jom jom ke pasar malam
Jom jom jom ke pasar malam
Beraneka ragam jom ke pasar malam
Jom jom jom ke pasar malam
Jom jom jom ke pasar malam
Jom jom jom ke pasar malam
Beraneka ragam jom ke pasar malam


[M]
Yo bro, kenapa wangian kau semacam
Dari tadi sampai sekarang tak habis melaram
Pergi pasar malam je bukan nak melancong

[A]
Boleh ngorat awek muka manis hidung mancung
Ala, apa salahnya aku jantan berhias
Orang tengok (Wow kemas!) pandang lama pun tak rimas

[M]
Yela, engkau kacak seorang kalau aku memang malas
Jangan cakap banyak apa kata jalan lekas


[A]

Ok ok jom tengok apa ada
Banyak sangat pilihan buat aku rambang mata
Sana ada makanan sini ada minuman

[M]
Habis mana satu engkau punya jadi pilihan
(Abbas!) Tunggu, break break
Aku nak beli kejap coconut shake
Kakak yang ni harga satu berapa?

[A]
Ye adik, adik pilih adik nak yang mana
Yang special mahal sikit lah dari biasa

[M]
Saya nak harga yang paling murah punya

[A]
Sini standard 3 Ringgit nak murah kedai sana

[M]
Takpe lah kak nanti saya datang balik ye

[A]
Eh Muariffah aku nampak seorang gadis
Macam Nora Danish, aku cair habis!

[M]
Dah dah jangan gatal nanti kena tangan
Kita bukan datang ngorat tapi cari makan


Ulang Chorus

[A]
Sambung semula misi cari apa boleh isi
Aku tak tahu yang mana mahu aku beli
Tak seronok kalau datang hanya nak melepak
Haa! Akhirnya jumpa pun gerai murtabak
Aney! Kasi saya murtabak satu


[M]
Sekejap eh dik, kasi tunggu dulu
Ada nampak kah itu orang ramai beratur
Saya sampai punya kedai ada habis telur
Lima sepuluh lima sepuluh lima sepuluh
Mai adik dekat buat apa duduk jauh
Ada buah durian epal pisang dengan langsat

[A]
Aku nak makan benda berat tak makan buah sangat
Amboi! Ramainya orang kita susah nak gerak
Tak payah kenderaan jalan kaki pun dah sesak

[M]
Orang ramai bising sangat sampai aku boleh pekak
Jadi tak heran kalau emak bapak hilang anak
(Menda kau merepek?) Aku cakap benda betul

[A]
Ok lepas ni datang pasar letak anak dalam bakul
Dah settle masalah kau takyah nak kalot
Buat otak serabut jom cari steambot

Ulang Chorus

[A]
Aku lapar lah dari tadi asyik berborak

[M]
Ok apa kita nampak lepas ni kita henyak

Kejap, aku ada dengar satu bunyi
Haa! Tu nampak tak ada orang tengah nyanyi

[A]
Lawa kami kini dah kembali jadi ulang sekali lagi
Markas kota ramai terpesona rabak tapi kami sempurna

[M]
Dari peniaga sampai pemuzik jalanan

[A]
Semua cari rezeki tuk' teruskan kehidupan

[M]
Pelbagai suka duka aneka asam garam

[A]
Jadi semua selamat datang ke pasar malam!


Ulang Chorus
No comments :

No comments :

Post a Comment